top of page

Terletak di Kampung Batu Putih, sejauh 41 km dari pekan Kota Kinabatangan. Agop Batu Tulug merupakan cenuram batu kapur setinggi 39 meter dan sebahagian daripada pembentukan batu kapur Labang yang berusia 20 -25 juga tahun. Kata ‘agop’ dalam bahasa Orang Sungai bermaksud gua. Terdapat tiga gua yang utama iaitu  agop suriba (bawah)  di bahagian lantai hutan, lintaga (tengah) dan sawat (atas) masing-masing  dengan  ketinggian antara 12-15 m. Di dalam gua bahagian tengah dan atas terdapat lebih daripada 100 keranda kayu berukir berusia 200 – 250 tahun, yang dijaga oleh  kelawar dan burung layang-layang. Anda juga boleh menyaksikan Kampung Batu Putih  dari sini. Keranda yang menyerupai pelbagai haiwan itu dikaitkan dengan kepercayaan Orang Sungai  akan tetapi  ada juga yang mengatakan bahawa keranda tersebut milik orang-orang Cina yang pernah menduduki kawasan ini dengan penemuan artifak Cina bersama tinggalan-tinggalan ini. Muzium tapak sejak tahun 1996 ini mempunyai kemudahan seperti pusat penerangan,  tangga laluan ke gua, tandas dan pondok untuk berehat.


Cara ke Sana; 
Pemanduan ke Batu Tulug memakan masa selama satu jam setengah dari Sandakan atau 45 minit dari Lahad Datu.  Anda boleh memandu sendiri atau menggunakan khidmat pengendali pelancongan.

​
Masa Dibuka:
Setiap hari bermula  pukul 9.00 pagi hingga  5.00 petang

​
Yuran Kemasukan: 

Pemegang MyKad :  RM 2.00 (Dewasa)
Lain-lain                 :  RM15.00

Pelajar beruniform, kanak-kanak di bawah 12 tahun, orang kurang upaya dan warga emas - masuk secara percuma.

2012 by Historian12

bottom of page