top of page

SEJARAH KERANDA KAYU

​

Katanya keranda-keranda ini terlalu berat kerana dibuat daripada kayu keras seperti kayu belian. Sebagai contoh penutupnya sahaja memerlukan 11 orang untuk mengangkatnya.

Ia juga dibuat dalam ukuran yang panjang dan sebuah keranda kayu balak yang berukuran hampir tujuh meter adalah yang terpanjang dijumpai di Batu Supu, Lembah Kinabatangan.

​

Lidah keranda kayu balak ini yang terdapat di hujung keranda akan membezakan mayat yang terdapat di dalamnya, sama ada lelaki atau wanita.

Jika lidah keranda itu dibuat dalam bentuk kepala haiwan, ia adalah mayat lelaki, manakala jika lidah itu tidak mempunyai sebarang bentuk, mayat di dalamnya adalah wanita.

​

Ukiran yang banyak terdapat pada keranda-keranda tersebut ialah kepala kerbau ataupun tempadau, buaya, cicak, ular dan burung.

Joseph berkata budaya menggunakan keranda kayu ini dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan keranda kayu yang terdapat di negara China dan Vietnam dan pihaknya tidak menolak kemungkinan sejarah penghijrahan pedagang Cina turut membawa kepada sejarah keranda-keranda ini.

​

Beliau menambah berbagai-bagai andaian dibuat, kononnya keranda-keranda lama itu pernah dimiliki oleh pedagang Cina pada kurun ke-10 (Dinasti Sung) yang pernah membuat penempatan di Kinabatangan serta ekspedisi yang diketuai oleh Ong Sum Ping pada kurun ke-14 (Dinasti Ming) yang pernah membuat penempatan di Kinabatangan.

Nama Kinabatangan itu pun kononnya adalah sempena nama Cina, "Kina" (Cina). Namun belum ada sebarang bukti arkeologi dapat mengesan penempatan tersebut.

2012 by Historian12

bottom of page